Bahasa

Topik : Sumbangan pada masyarakat (1 Mac 2013)

Para pelajar arif budiman,

Guru akan memberikan teks-teks berikut.  Sila baca ketiga-tiga teks bacaan tersebut.






Kemudian, kamu dikehendaki mengaplikasikan sekurang-kurangnya dua peribahasa yang sesuai dalam konteks penulisan.  Kamu boleh merujuk pada tajuk-tajuk penulisan ini.

Penulisan


  • Deskriptif - Kamu mengenali seorang rakan maya.  Setelah mengenalinya lebih rapat, kamu dapati beliau adalah golongan orang kurang upaya.  Sebagai rakan maya yang prihatin, kamu ingin membantunya.  Ceritakan bagaimana kamu membantu rakan maya kamu itu.
  • Ekspositori - Cara-cara membantu golongan kurang upaya dalam masyarakat.
  • Naratif - Tuliskan sebuah cerita tentang seorang remaja kurang upaya yang menjadi inspirasi masyarakat.



Peribahasa-peribahasa yang dipilih perlulah disertakan dengan penjelasan daripada teks yang diberi.  Kamu boleh merujuk pada contoh yang diberi.


Contoh jawapan :
1.  Peribahasa - genggam bara api biar sampai jadi arang
Penjelasan :  Cik Suhana mempunyai cita-cita untuk membantu dirinya serta keluarganya.  Beliau tidak mudah putus asa walaupun beliau mempunyai kesukaran dalam pergerakan.  Sekarang beliau mampu berdikari dan mula berniaga secara kecil-kecilan.  Saya kagum dengan keupayaan Cik Suhana dalam mengharungi segala cabaran semata-mata ingin berdikari.  Sikapnya boleh diibaratkan seperti genggam bara api biar sampai jadi arang.


Cara menjawab di ruang komen :
Penulisan Karangan Deskriptif/Ekspositori/Naratif

Bahagian Permulaan/Isi/Penutup
1.  Peribahasa -
Penjelasan -

Bahagian Permulaan/Isi/Penutup
2.  Peribahasa -
Penjelasan -

_______________________________________________________________

Tugasan ini perlu diselesaikan sebelum 9 malam, 5 Mac 2013.

Terima kasih.

Salam mesra
Cg Azizah.Ahmad

_______________________________________________________________




Tugasan Ayat - 6 Febuari 2013

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah tugasan yang perlu dibuat dalam kelas.  Kamu diberikan 10 minit untuk dapatkan dapatan berikut.  Letakkan dapatan kamu di ruang komen di bawah.

Ayat Tunggal: Harriz
Ayat Pasif: Danish
Ayat Aktif: Imanni
Ayat Aktif Transitif: Sharifah
Ayat Aktif Tak Transitif: Iffah
Ayat Majmuk : Sarah & Fathiah




Terima kasih.

Salam mesra
Cikgu Azizah.Ahmad

__________________________________________


Golongan Kata : Kata Nama & Kata Kerja

Para pelajar arif budiman,

Sila tonton video ini.  Kamu dikehendaki membuat aktiviti secara berpasangan/berkumpulan.



35 ulasan:

  1. Ayat Majmuk Campuran (Imanni)

    1. Penerangan :
    Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ia mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk campuran.

    2. Contoh : Ketika pihak bomba sampai kebakaran mula merebak walaupun penduduk di situ cuba mengawal api.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Imanni.

      1. Penerangan yang jelas.
      2. Contoh yang baik.

      Padam
  2. Ayat Aktif Transitif: Sharifa
    Penerangan: Menggunakan kata kerja transitif dalam bahagian predikat dan diikuti oleh penyambut
    Contoh: Asmah sedang mengasah pensel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sharifa.

      1. Penerangan yang jelas.
      2. Contoh - Asmah sedang mengasah pensel dengan menggunakan pengerok.

      Padam
  3. Ayat Aktif Tak Transitif: Iffah

    1. Penerangan : Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya


    2. Contoh :
    - Berpelengkap: Dia makan nasi ayam (setiap hari).
    - Tidak berpelengkap: Bas itu menuju (ke utara).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Iffah.

      1. Penerangan yang jelas.
      2. Contoh
      - Berpelengkap: Dia makan di kantin setiap hari.

      Padam
  4. Ayat Majmuk --

    Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
    1. Penerangan: Ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama
    2. Contoh susunan Ayat Majmuk Pancangan Komplemen: Ayat utama/besar + bahawa/untuk + Ayat kecil
    3. Contoh:
    (a) Ibunya sudah tahu (sesuatu).
    (b) Dia ingin meminang anak tuk penghulu.

    Ibunya sudah tahu bahawa dia ingin meminang


    Ayat Majmuk Gabungan
    1. Penerangan: ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang menjadikan satu
    2. Contoh susunan Ayat Majmuk Gabungan: Ayat pertama + Kata Hubung (cth: dan, atau) + Ayat Kedua
    3. Contoh:
    Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sarah.

      1. Penerangan yang jelas.
      2. Contoh Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
      - Ibunya sudah tahu bahawa dia ingin meminang anak Penghulu.

      Padam
  5. Ayat Tunggal:

    Penerangan: Ayat yang terdiri daripada subjek dan predikat sahaja.
    Subjeknya pula terdiri daripada unsur berikut:
    -Kata Nama
    -Kata Ganti Nama
    -Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama


    Contoh:
    Susunan Biasa Ayat Tunggal
    Kegemaran adik saya minuman air bandung
    Putih warna kegemaran Ali


    Susunan Songsang Ayat Tunggal
    Minuman air bandung kegemaran adik saya
    Warna kegemaran Ali Putih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Harriz.

      1. Penerangan yang jelas.
      2. Contoh yang baik.

      Padam
  6. ayat majmuk pancangan keterangan - Fathiah
    1. penerangan: ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.

    2. Contoh- Oleh sebab salah faham, Azli dan adiknya sering bergaduh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fathiah.

      1. Penerangan yang jelas.
      2. Contoh Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
      - Oleh sebab salah faham, Azli dan adiknya sering bergaduh.
      Ayat utama : Azli dan adiknya sering bergaduh.
      Ayat Keterangan : Azli dan adiknya sering salah faham.

      Padam
  7. Ayat Pasif: Danish

    1. penerangan: Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding ayat aktif yang menekankan pelaku.

    2. contoh: Kerja sekolah itu mesti kamu lakukan sebelum minggu depan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fathiah.

      1. Penerangan yang jelas.
      2. Contoh yang baik.

      Padam
    2. nama saya danish la cikgu. hahaha.

      Padam
  8. Terima kasih atas sumbangan yang berikan.

    BalasPadam
  9. 1. Peribahasa - Pipit pekak makan berhujan
    Penjelasan : Cik Suhana sangat rajin dalam pekerjaannya iaitu membuat kek. Dengan keadaannya yang berkasihan itu, ia susah untuk Cik Suhana membuat pekerjaannya dengan baik. Namun, dia tetap rajin dan tidak pedulikan tentang keadaannya untuk menyara keluarga. Sikapnya boleh diibaratkan seperti PIPIT PEKAK MAKAN BERHUJAN. (tidak boleh digariskan)

    2. Peribahasa - Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap
    Penjelasan : Walaupun keadaan Cik Suhana tidak sempurna, dia tetap rajin dalam apa yang perlu dibuatnya. Kerajinannya adalah kekuatan Cik Suhana. Ia boleh diibaratkan seperti KUAT KETAM KERANA SEPIT, KUAT BURUNG KERANA SAYAP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penulisan Karangan Naratif

      Bahagian Permulaan
      1. Peribahasa - Pipit pekak makan berhujan
      Penjelasan : Ada seorang remaja yang amat istimewa. Namanya adalah Cik Suhana. Walaupun dia dilahir dengan kesukaran dalam pergerakan, dia tetap bekerja keras tanpa mempedulikan kesihatanya. Sikapnya boleh diibaratkan seperti Pipit pekak makan berhujan kerana dia tidak mempedulikan keadaannya dan dia bekerja dengan rajin. Kita boleh mengambil kisah hidupnya sebagai iktibar untuk kehidupan.

      Bahagian Penutup
      2. Peribahasa - Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap
      Penjelasan : Kita boleh mengambil kisah Cik Suhana sebagai iktibar untuk bekerja keras. Kita tidak boleh senang berputus asa sebelum kita cuba perkara itu. Dengan bekerja keras, kita boleh menambah kepandaian kita tentang perkara itu sehingga ia menjadi kekuatan kita. Dengan menjadi kekuatan kita, kita boleh diibaratkan seperti Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap.

      Padam
    2. Terima kasih Imanni.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan.

      Padam
  10. 1. Peribahasa - Seperti orang buta kehilangan tongkat.
    Penjelasan: Cik Suhana seorang yang menghidap penyakit cerebal palsy di mana dia mengalami kelumpuhan otak. Sejak dia berhenti kerja di Persatuan Pemudi Islam Singapura, Cik Suhana terpaksa mencari rezeki dengan menjual kek-kek brownie untuk menyokong dia dan kedua ibu bapanya yang sudah tua dan ibunya yang menghidap penyakit kencing manis. Keadaan Cik Suhana boleh diibaratkan seperti ORANG BUTA KEHILANGAN TONGKAT.

    2. Peribahasa - Pipit pekak makan berhujan
    Penjelasan : Cik Suhana seorang yang rajin membuat kek untuk menyokong di dan ibu bapanya. Walaupun dia menghidap penyakit cerebal palsy yang boleh membahayakan dirinya dalam pekerjaannya, dia masih bersambung perkerjaannya supaya dia dapat mengumpul rezeki. Sikap Cik Suhana yang tidak mempedulikan tentang bahaya penyakitnya dan masih bekerja demi mata pencariannya boleh diibaratkan seperti PIPIT PEKAK MAKAN BERHUJAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Harriz kerana membuat tugasan terlebih dahulu.

      Padam
  11. Penulisan Karangan Deskriptif:

    Bahagian Isi:
    1. Peribahasa - Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya.
    Penjelasan - "Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya." Itulah cara Suhana menjalani hidupnya. Setiap hari beliau berjuang untuk menyara kehidupannya dan ibubapanya tiga beranak walaupun menghidap penyakit cerebal palsy. Beliau bertungkus-lumus dan berusaha dengan gigih untuk membuat kuih untuk menjual kepada pelanggan-pelanggan yang menempahnya.

    Bahagian Penutup
    2. Peribahasa - Sebab buah dikenal pohonnya.
    Penjelasan - Suhana telah bertungkus lumus untuk menyara kehidupannya meskipun penyakitnya adalah sebuah inspirasi untuk orang kurang upaya yang lain. Walaupun kontrak pekerjaannya ditamat, beliau tidak terlalu kecil hati. Sikapnya itu menunjukkan bahawa beliau tidak seseorang yang mudah berputus asa. Bak kata pepatah, sebab buah dikenal pohonnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sharifa.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  12. Bahagian Isi Karangan Ekspositori
    1. Peribahasa - Ringan tulang, berat perut
    Penjelasan - Satu lagi cara untuk membantu golongan yang kurang upaya ialah untuk mendidik mereka dengan ilmu yang berguna. Jikalau kami hendak membantu mereka dengan cara yang lebih berkesan, mengajar mereka kemahiran-kemahiran yang tertentu akan lebih berguna kepada mereka di alam pekerjaan. Bengkel-bengkel dan kelas-kelas yang khas untuk mereka boleh membenarkan mereka peluang untuk bekerja di bidang-bidang yang lain.Contohnya, golongan ini boleh mempelajari bagaimana untuk masak kuih-mueh dan menjualnya sebagai perniagaan. Dengan cara ini, golongan yang kurang upaya akan berpeluang untuk berniaga dengan sendiri dengan usaha mereka sendiri untuk mencari rezeki.Dengan itu mereka juga akan berdikari dan dapat menyokong diri mereka. Contoh seorang yang telah berjaya untuk mencari rezeki secara berdikari ialah Cik Suhana. Beliau seorang yang menghidap penyakit lumpuhan otak. Walaubagaimanapun, beliau telah mula berniaga dan menjual kek-kek brownienya setelah beliau mengikuti kursus membuat kek-kek tersebut. Dengan usaha yang gigih, beliau telah berjaya untuk menyokong diri sendiri dengan perniagaannya. Sikap Cik Suhana ini boleh diibaratkan seperti bak kata pepatah, "ringan tulang, berat perut" .

    Bahagian Isi Karangan Ekspositori
    2. Peribahasa - Bagi kerakap atas batu, hidup enggan mati tak mahu
    Penjelasan - Dalam golongan prang yang kurang upaya, tentunya terdapat mereka yang lebih bernasib baik daripada mereka yang lain. Selalunya, ramai golongan orang yang kurang upaya terpasksa tinggal dalam kemiskinan termasuk keluarga mereka yang menjagai mereka. Keadaan mereka ini boleh diibaratkan "Bagi kerakan atas batu, hidup enggan mati tak mahu". Untuk menolong golongan ini, wang haruslah diberi kepada golongan ini yang memerlukan. Masyarakat dan pihak menteri boleh bekerjasama dengan badan-badan amal supaya golongan orang ini boleh menerima petolongan dari jenis wang. Wang itu boleh digunakan untuk pelbagai perkara-perkara yang dapat meringankan bebanan oleh golongan orang-orang ini. Jikalau perkara-perkara seperti kos pembayaran perubatan mereka dapat diselesaikan, mereka akan mempunyai lebih wang untuk melanjutkan pendidikan mereka ataupun perniagaan mereka supaya mereka dapat berdikari pada masa hadapan dan tidak perlu mengharap bantuan daripada pihak lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Harriz.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki. Contoh pertama perlu dipendekkan kerana ada pengulangan.

      Padam
  13. Penulisan Karangan Deskriptif:

    Bahagian Permulaan:
    1. Peribahasa - Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap.
    Penjelasan - Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap. Baru saya tahu yang rakan maya saya, Suhana adalah dalam golongan orang kurang upaya (OKU). Saya mengetahui Suhana daripada lelaman sosial, Facebook, kerana apabila saya sedang mencari penjual kek brownie, saya terserempah dengan lelamannya.. Saya dapat tahu yang dia memang mahir dengan membuat kek brownie. Walaupun dia seorang OKU, dia boleh membuat kek brownie dengan sungguh baik. Saya pernah membeli keknya dan rasa ia sunnguh baik.

    Bahagian Penutup:
    2. Peribahasa - Air pun ada pasang surutnya
    Penjelasan - Walaupun Suhana pernah dipecat daripada tempat kerjanya, dia tidak pernah memutus asa untuk mencari duit untuk menimpang keluarganya yang susah. Dia memahami yang ada kalanya kehidupan tidak lancar tetapi dia masih tekad dan tabah. Sekarang dia sungguh berjaya dalam bidang membuat kek brownie. Ini mengajar saya yang, air pun ada pasang surutnya. Ada masa yang kehidupan sungguh senang dan ada kalanya yang kehidupan sungguh susah. Tetapi dengan contoh seperti Suhana, kami mesti tabah dan tekad untuk berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Danish.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  14. Penulisan Karangan Deskriptif

    Bahagian Permulaan
    1. Peribahasa - Seperti embun di hujung rumput
    Penjelasan - Bukan seperti embun di hujung rumput, cerita Cik Suhana yang membuat ramai terharu dan tersentuh hati tidak akan segera hilang dari ingatan. Cik Suhana yang mempunyai penyakit lumpuh otak itu, dengan azamnya untuk berdikari dan menyara keluarganya memang mempunyai kesan yang dalam kepada orang yang sihat namun tidak berusaha untuk melakukan apa-apa.

    Bahagian Isi
    2. Peribahasa - Ringan tulang, berat perut
    Penjelasan - Cik Suhana memulakan perniagaan kecil-kecilan membuat brownie setelah diberhentikan kerja dan mengikuti kelas membuat kek dari Chef Siti Mastura. Ringan tulang, berat perut. Kesungguhannya telah menarik perhatian ramai menerusi surat khabar dan diharapkan lebih ramai akan menolong Cik Suhana teruskan usahanya untuk berdikari dengan membeli brownie atau kek daripadanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sarah.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  15. Kepada Iffah & Fathiah,

    Sila masukkan dapatan awak sekarang. Terima kasih.

    BalasPadam
  16. Penulisan karangan ekspositori

    1. Peribahasa: jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
    Penjelasan: Ramai orang papa zaman kind hidup dengan penyakit yang Bleh menyebabkan kecacatan. Salah seorang ialah seperti Cik Suhanna. Walaupun dia tidak dapat menjalani hidup seperti biasa, dia tahu jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya. Masyarakat juga dapat membantu mereka dengan pelbagai cara supaya mereka akan terus berusaha dengan gigih.

    2. Peribahasa: air pun ada pasang surutnya.
    Penjelasan: Orang yang kurang berupaya mempunyai banyak masalah untuk menjalankan hidup seperti biasa. Hanya kerana itu, bantuan patut dihulurkan. Masyarakat boleh bantu memberikan mereka semangat dan motivasi untuk terus berusaha. Air pun ada pasang surutnya. Mereka akan mempunyai masa yang mereka rasa untuk menyerah. Itulah masa yang Kami jars membakar semangat mereka walaupun hanya dengan memberi kata perangsang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fathiah.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa dan ejaan yang perlu diperbaiki.

      Padam
  17. Penulisan Karangan Ekspositori - Cara-cara membantu golongan kurang upaya dalam masyarakat.

    Bahagian Akhiran
    1. Peribahasa - Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam (mengerjakan sesuatu bersama-sama, baik ringan mahupun berat)

    Penjelasan:

    Seperti mana yang diketahui, terdapat pelbagai cara yang berkesan untuk membantu golongan orang kurang upaya. Secara kesimpulan, sokongan dan dorongan daripada masyarakat Singapura telah memberi semangat kepada golongan ini. Jika orang ramai bermotivasi untuk bersikap tolong-menolong, dapatlah kami bermaju sebagai sebuah masyarakat. Langkah pertama terhadap memupuk sikap tersebut adalah untuk terus mengerjakan apa sahaja bersama-sama, baik susah atau senang. Bak kata pepatah, "sedencing bagai besi, seciap bagai ayam".

    Bahagian Isi – contoh
    2. Peribahasa - Dalam menyelam, cetek bertimba (jika tidak mendapat hasil atau rezeki yang banyak, yang sedikit pun memadai)

    Penjelasan:
    Cik Suhanna adalah seorang yang rajin, dan beliau bertekad untuk menyara keluarganya. Walaupun menghidap penyakit lumpuhan otak, ini tidak menghalangnya daripada terus berusaha mendapatkan rezeki. Beliau telah dipecat oleh tempat pekerjaannya di PPIS, namun tetap beliau mencari alternatif untuk terus menimpang keluarganya. Sebagai demikian, beliau berniaga dengan menjual kek-kek buatan sendiri untuk menyokong dirinya. Namun, ini tidak membawa pendapatan dan hasil yang banyak. Walau bagaimanapun, Cik Suhanna tetap berusaha. Sikapnya boleh diibaratkan seperti dalam menyelam, cetek bertimba.

    ––

    Maaf untuk hantaran yang lambat, cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Iffah.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  18. Penulisan Karangan Deskriptif/Ekspositori/Naratif

    Terima kasih atas sumbangan kamu semua.

    BalasPadam