Berfikir

Perbincangan Karangan Naratif (19 Febuari 2014)

Para pelajar arif budiman,

Sila catatkan dapatan kamu di ruang yang dikhaskan.  Kamu boleh gunakan Nota Karangan Naratif sebagai rujukan.




Terima kasih.

Salam mesra,
Cikgu Azizah.Ahmad

_____________________________________________________

Sesi Pengenalan (7 Januari 2013)

Para pelajar arif budiman,

Sila tonton video ini.
  • Pandangan 1 : Apakah mesej yang ingin disampaikan.
  • Pandangan 2 : Apakah kaitan mesej itu dalam hidup kamu?
Letakkan pandangan kamu di ruang 'Comment'.

Terima kasih. 

Cg Azizah.Ahmad

13 ulasan:

  1. Pandangan 1 : Mesej yang ingin disampaikan adalah untuk tidak berputus asa ketika sesuatu yang terbaik sudah tiada. Kita masih boleh mengunakan apa yang kita ada untuk selesaikan tugasan kita.

    Pandangan 2 : Mesej itu berkait dengan kehidupan saya kerana saya sebenarnya seorang yang cepat putus asa ketika apa yang terbaik sudah tiada. Dengan menonton video ini, saya sudah mempelajari bahawa saya patut berusaha dengan lebih keras supaya saya boleh berjaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      1. menggunakan
      2. berkaitan

      Padam
  2. 1. Mesej yang ingin disampaikan dari video ini adalah, kami mesti berkerja sama bersama satu sama lain untuk membuat suatu berlaku dengan lebih muda dan mengunakan masa yang paling pendek.

    2. Jika kami mahu membuat sesuatu yang agak sukar, kami mesti perlukan pertologan orang lain. Ini akan menolong kami membuat sesuatu itu dengan lebih muda kerana ada orang-orang lain yang akan ada idea lain untuk membuat kerja itu dengan mudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:
      1. sesuatu
      2. mudah
      3. dengan menggunakan
      4. kami perlukan pertolongan
      5. mudah

      Padam
  3. Pandangan 1 : Apakah mesej yang ingin disampaikan?
    Mesej yang ingin disampaikan adalah walaupun ada cabaran yang menghalang jalan kami, kita tidak boleh memutus asa dan mencari penyelesaian untuk mengatasinya. Walaupun ia mungkin tidak berhasil sebagaimana yang kami mahukan, ia lebih baik untuk mencuba daripada tidak melakukan apa-apa langsung.

    Pandangan 2 : Apakah kaitan mesej itu dalam hidup kamu?
    Hidup pasti ada cabaran yang menghalangi kita daripada mendapat atau melakukan apa yang diingini. Namun, kami tidak boleh membiarkannya menghalangi kami daripada mendapat apa yang dimahukan. Pasti ada jalannya.

    BalasPadam
  4. Pandangan 1 : Apakah mesej yang ingin disampaikan.
    Saya rasa mesej yang ingin disampaikan ialah kami hanya hidup sekali jadi kami harus berani mencuba apa-apa untuk mencapai sesuatu walaupun perkara itu tidak jamin boleh menhasilkan sesuatu yang baik.

    Pandangan 2 : Apakah kaitan mesej itu dalam hidup kamu?
    Kadangkala, kami harus mencuba melakukan sesuatu dan berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah daripada menyerah sahaja. Dengan fikiran begitu, lebih banyak yang kami boleh mencapai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan: Saya rasa mesej yang ingin disampaikan ialah kami hanya hidup sekali dan kami haruslah berani mencuba apa-apa untuk mencapai sesuatu walaupun perkara itu tidak menjaminkan kejayaan.

      Kadangkala, kami harus mencuba untuk melakukan sesuatu dan berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah berbanding daripada memutus asa. Dengan fikiran begitu, kami dapat mencapai lebih dari apa yang disangkakan.

      Padam
  5. 1. Mesej yang ingin disampaikan adalah peranan seorang pemimpin dan berfikiran kreatif. Ini boleh dilihat apabila "pemimpin" semut itu menyeberang menggunakan ranting itu supaya kawannya(?) akan menyeberang dengan selamat. Apabila ranting itu patah, pemimpin itu fikirkan cara until menyelesaikan masalah dengan menyuruh semut yang lain until melipat surat khabar itu.

    2. Sebagai seorang PSL, saya harus memimpin murid-murid menengah 1. Peranan seorang pemimpin agak sukar kerana saya harus bertanggungjawab atas perbuatan dan keselamatan murid-murid menengah satu. Video ini menggambarkan peranan seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

    BalasPadam
  6. 1.) Pada pendapat saya, mesejnya ialah jika cadangan pertama kami tidak berhasil, kami haruslah tidak memutus asa dan bertekad untuk mencari jalan keluar walaupun harus diulang beberapa kali, dan jika kami berkumpulan, kami haruslah dapat bekerja sama tanpa masalah dan menyesuaikan diri kami jika situasi bertukar.

    2.) Mesej ini berkaitan dengan hidupan kami kerana dalam sekolah, kami mungkin terpaska bekerja dengan kumpulan dan jika apa-apa masalah tertimbul, hanya kerjasama kumpulan dapat menyelesaikannya. Dalam hidupan pula, kami juga harus mengetahui bagaimana unutuk bertindak jika sesuatu tidak berjalan dengan lancar dan itu juga membezakan seorang pelajar yang cemerlang dan seorang pelajar yang sederhana.

    BalasPadam
  7. 1. Mesej yang disampaikan adalah bagaimana kepimpiman yang baik dapat membawa kerjasamaan antara sesuatu kumpulan. Semut-semut cekap bekerjasama dan cepat untuk memahami perintah ketua semut. Video tersebut juga mengajar kepentingan tidak memutus asa, lalu sebaliknya kita patut mencari cara penyelesaian yang kreatif.

    2. Pada pendapat saya, ini amat relevan dalam hidupan. Jika menghadapi masalah, kita harus tabah dan mencari penyelesaian. Sebagai seorang murid di SST, saya diberi banyak peluang untuk menunjuk kemahiran kepimpinan sebagai seorang ketua. Ini bermaksud saya harus mengambil inisiatif untuk mengatasi apa sahaja kesukaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan

      1. Mesej yang disampaikan adalah bagaimana kepimpinan yang baik dapat membawa kerjasamaan antara sebuah kumpulan.

      Padam
  8. Terima kasih atas sumbangan yang amat memberangsangkan. Saya teruja dengan pandangan yang matang. Sememangnya awak semua telah dapat menepati jangkaan saya untuk bahagian induksi ini.

    BalasPadam
  9. Rumusan:

    Persamamaan:
    1. Kehidupan ada cabaran
    2. Jangan mudah putus asa
    3. Pemikiran kreatif -> berfikir secara kreatif / aplikasi konsep dalam kehidupan / pelbagai perspektif

    Perbezaan:
    1. Pengalaman
    2. Tahap intelektual -> bacaan / penerbitan

    BalasPadam