Membaca




Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac) 
(Menengah 3HML & 4ML & 4HML)

Petikan  :  Khamis, 7 Mac, Bantu golongan susah walau cacat


MAHU MENOLONG: Pengasas gerakan I Am Speciable, Encik Kashif Edwards (duduk di kerusi roda), mendermakan beberapa barangan - tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering - kepada Pusat Rainbow di Margaret Drive, kelmarin.
- Foto JOHARI RAHMAT

Bantu golongan susah walau cacat

BELIAU tidak boleh bergerak atau bertutur seperti belia normal seusianya, namun kecacatan tidak menghalang Encik Kashif Edwards membantu mereka yang memerlukan.
Berbekalkan keinginan kuat membantu mereka yang senasib dengannya - penghidap palsi serebral - Encik Kashif berjaya mengumpul sekitar $3,000 menerusi penjualan kemeja-T yang dihasilkan khas oleh gerakan I Am Speciable baru-baru ini.
Separuh daripada hasil penjualan kemeja-T itu merupakan gaji Encik Kashif, yang menghidap palsi serebral sejak lahir, manakala separuh lagi digunakan bagi membeli barang-barang keperluan bagi kanak-kanak istimewa di Pusat Rainbow.
Gerakan yang ditubuhkan beliau pada Mac tahun lalu itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit tersebut serta membantu golongan memerlukan.
Ini kali keempat gerakan itu memberikan sumbangan kepada persatuan bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas.
Sebelum ini ia memberi sumbangan kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik Singapura (SCAS).
Kelmarin, Encik Kashif, 25 tahun, dengan ditemani anggota keluarganya, menderma tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering kepada Pusat Rainbow di Margaret Drive.
Beliau kelihatan ceria dan riang ketika menyampaikan sumbangannya kepada pengarah eksekutif bekas sekolahnya itu, Cik June Tham, yang berkata Encik Kashif merupakan bekas pelajar pertama sekolah itu mendermakan barang-barang kepada sekolah tersebut.
"Saya sangat berbangga dengan apa yang dilakukan Kashif. Beliau kini menjadi duta palsi serebral. Beliau tidak melihat ketidakupayaannya sebagai satu kecacatan, sebaliknya menggunakannya bagi meningkatkan kesedaran dan menjadi inspirasi kepada orang lain," kata Cik Tham, 62 tahun.
Ibu Encik Kashif, pelakon drama televisyen dan teater Hashimah Hamidon, berkata: "Sebelum beliau mula menjual kemeja-T, perbelanjaannya ditanggung saya dan suami saya. Tapi sejak Kashif bekerja, beliau membeli beberapa barang keperluannya, seperti kad prabayar dan permainan Playstation menggunakan duit sendiri."
Cik Hashimah mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 15 tahun.
Palsi serebral disebabkan oleh kecederaan pada otak yang berlaku sebelum atau semasa kelahiran dan boleh muncul dalam pelbagai rupa. Ia menjejas pergerakan otot dan kemahiran motor.
Gerakan I Am Speciable ditubuhkan setelah Encik Kashif beberapa kali meluahkan hasrat bekerja agar dapat menyumbang kepada masyarakat.
Memandangkan beliau tidak boleh berdikari dan memerlukan bantuan orang lain, umpamanya untuk makan dan membuang air, abang saudaranya, Encik Sham Latiff, membantu memulakan akaun Facebook bagi gerakan itu.
Sejauh ini gerakan itu telah menjual 507 kemeja-T pada harga $20 sehelai.
Ia turut menerima sumbangan daripada rakan kongsi seperti Wing Yap Motor dan SIR Move Services, yang bekerjasama dengannya di beberapa acara.
Orang ramai yang ingin menyokong gerakan itu boleh memilih Like laman Facebook The "I Am Speciable" Movement diwww.facebook.com/iamspeciablemovement.





1.     Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Kashif tidak melihat ketidakupayaannya sebagai suatu kecacatan”.  Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini?  Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks.  (4 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Evaluating :
Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini.  (4 markah)


3.     Bloom’s Taxanomy – Creating :
Pada pendapat kamu, adakah golongan kurang upaya perlu digalakkan bekerja? Jelaskan.   (6 markah)


________________________________________________________
Cara memberi jawapan :

Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)
Soalan 1 :
Soalan 2 :
Soalan 3 :

_________________________________________________________


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Isnin, 11 Mac 2013, 9 pagi.

Terima kasih.
Cg Azizah & Cg Arfah

_________________________________________________________
Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)  (Menengah 3HML & 4ML & 4HML)
Petikan  :  Sabtu, 2 Febuari, Sabah : Negeri di bawah bayu
Pautan  : Berita





1.     Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Ternyata masa empat hari terlalu suntuk untuk menjelajah negeri Sabah”.  Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini?  Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks.  (4 markah)


2.     Bloom’s Taxanomy – Evaluating :
Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini.  (4 markah)


3.     Bloom’s Taxanomy – Creating :
Pada pendapat kamu, adakah darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar? Jelaskan.   (6 markah)


_____________________________________________________________________
Cara memberi jawapan :

Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)
Soalan 1 :
Soalan 2 :
Soalan 3 :
_____________________________________________________________________
Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Selasa, 26 Feb 2013, 9 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah & Cg Arfah
_____________________________________________________________________

32 ulasan:

  1. Sila pastikan kamu masukkan dapatan ini secepat mungkin. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)
    Soalan 1 : Pernyataan itu bermaksud bahawa terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan dilihat di Sabah, yang masa empat hari tidak mencukupi untuk menjelajah negeri Sabah denga sepenuhnya. Bukti-buktinya adalah, "Terlalu banyak yang ada di sana untuk dilihat dan dicuba. Menyelam ke dasar laut, mendaki gunung tinggi, bersantai di tepi pantai, menikmati alam semula jadi dan mempelajari budaya tradisional orang Sabah".

    Soalan 2 : Dua pengajaran yang saya memperolehi daripada laporan ini adalah, walaupun Sabah sebuah negeri yang kecil dan tidak terkenal di antara negeri-negeri lain, terdapat banyak yang boleh dipelajari dan aktiviti yang seronok yang boleh dilakukan. Ini mengajar saya untuk tidak membuat andaian tanpa sebarang bukti. Pengajaran yang lain adalah untuk mempunyai fikiran yang terbuka. Penulis telah melihat budaya etnik Sabah yang membuat pakaian daripada kulit pokok. Ia amat penting untuk selalu mempunyai fikiran terbuka supaya tidak menyinggung orang lain. Kita juga akan dapat mengalami benda-benda yang unik dan berbeza.

    Soalan 3 : Pada pendapat saya, darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar kerana para pelajar berpeluang mempelajari sesuatu yang tidak boleh diajar dalam bilik kelas. Mereka juga boleh mengalami pembelajaran "hands-on". Oleh itu, mereka boleh belajar daripada pengalaman mereka. Dengan mengadakan darmawisata juga, pelajar-pelajar akan dilatih untuk berdikari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sharifa atas dapatan yang memberangsangkan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5
      - Pernyataan itu bermaksud bahawa terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan dilihat di Sabah, di mana (yang-kata hubung yang tidak sesuai) masa empat hari tidak mencukupi untuk menjelajah negeri Sabah denga sepenuhnya

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5
      - Dua pengajaran yang saya perolehi (memperolehi-imbuhan yang kurang sesuai) daripada laporan ini adalah, walaupun Sabah sebuah negeri yang kecil dan tidak terkenal di antara negeri-negeri lain, terdapat banyak yang boleh dipelajari dan aktiviti (yang-tidak diperlukan) seronok yang boleh dilakukan.
      - Kita juga akan dapat mengalami pengalaman menggunakan (kata-kata yang perlu ditambah) benda-benda yang unik dan berbeza.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Pada pendapat saya, darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar kerana para pelajar berpeluang mempelajari sesuatu yang tidak boleh diajar di (kata sendi nama yang perlu ditambah) dalam bilik kelas

      Jumlah : 11.5/14

      Padam
  3. 1) Pernyataan ini bermaksud bahawa terdapat pelbagai lagi perkara-perkara yang boleh dialami di Sabah yang mustahil dapat dialami pada masa empat hari sahaja. Bukti-buktinya untuk meyokong jawapan saya ialah "Terlalu banyak yang ada di sana untuk dilihat dan dicuba. Menyelam ke dasar laut, mendaki gunung tinggi, bersantai di tepi pantai, menikmati alam semula jadi dan mempelajari budaya tradisional orang Sabah"

    2)Dua pengajaran yang saya boleh memperolehi daripada laporan ini ialah untuk pertama, menjaga ekologi dunia kami supaya haiwan-haiwan di dunia tidak akan pupus seperti bagaimana pusat kajian (MERC) dan (GER) telah berusaha untuk menyelamatkan jenis kima gergasi yang terancam dengan perbuatan-perbuatan manusia.Saya boleh mengguna pelajaran ini dengan menjaga ekologi Singapura yang kecil namun berharga dengan menyokong pembinaan taman dan meyumbang kepada syarikat-syarikat yang bertujuan untuk menyelamatkan haiwan yang bakal pupus.

    Pengajaran yang kedua yang saya perolehi ialah bahawa negeri Sabah mempunyai pelbagai lagi perkara yang mengkagumkan daripada gunung-ganang sahaja. Ini mengajar saya bahawa untuk mengetahui tentang sesuatu perkara, haruslah mengalaminya dengan sendiri kerana pengalaman sendiri selalunya lebih bermakna berbanding dengan pengalaman seseorang.

    3)Pada pendapat saya, darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar kerana mereka akan mengetahui tentang dunia yang di luar buku-buku dan sekolah mereka. Para pelajar akan mengalami pengalaman yang baru yang tidak akan dialami pada masa yang lain dan pengalaman tersebut akan mendorong mereka untuk mengetahui tentang dunia pada zaman ini. Mereka akan dapat membandingkan negara tersebut dengan negara ibunda dan mengenal pasti tentang perkara-perkara yang membezakannya walaupun baik atau buruk dan akan menukar pendapat mereka tentang dunia pada zaman ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Harriz atas dapatan yang memberangsangkan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 = Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3
      - Saya boleh menggunakan (mengguna-imbuhan yang kurang sesuai) pelajaran ini dengan menjaga ekologi Singapura yang kecil namun berharga dengan menyokong pembinaan taman dan meyumbang kepada syarikat-syarikat yang bertujuan untuk menyelamatkan haiwan yang bakal pupus.
      - Pengajaran yang kedua yang saya perolehi ialah bahawa negeri Sabah mempunyai pelbagai lagi perkara yang mengagumkan (mengkagumkan-ejaan yang salah) daripada gunung-ganang sahaja.

      Soalan 3 : 6 = Baik!

      Jumlah : 13/14 Syabas!

      Padam
  4. Soalan 1: Pernyataan ini bermaksud penulis mengada kesempitan masa kerana terdapat terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam tempoh masa yang singkat, seperti bersantai di tepi pantai, bersnorkel, melawat perkampungan budaya, kunjungi dunia haiwan dan lain-lain lagi. Tambahan pula, penulis tidak sempat untuk mendaki Gunung Kinabalu.

    Soalan 2: Satu pelajaran yang dapat saya perolehi daripada laporan ini adalah kepentingannya untuk berasa bangga terhadap budaya kami. Budaya Sabah amat unik dan dapat kekal selama ini kerana mereka telah menghargainya. Lagi satu pelajaran adalah untuk mempeliharakan alam sekitar kerana perkara-perkara semula jadi supaya legasi ini akan berpanjangan untuk masa depan.

    Soalan 3: Pada pendapat saya, darmawisata seperti ini amat sesuai dilakukan untuk para pelajar. Melalui pendedahan kepada perkara-perkara semula jadi, pelajar mendapat mencuba aktiviti-aktiviti secara langsung. Pelajar juga dapat memperoleh pelajaran ilmu sejarah tentang budaya Sabah dan pelajaran ekologi yang autentik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Iffah atas dapatan yang memberangsangkan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3
      - Pernyataan ini bermaksud penulis mempunyai (mengada-perkataan yang kurang sesuai) kesuntukan (kesempitan- lebih sesuai dengan konsep wang) masa kerana terdapat terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam tempoh masa yang singkat, seperti bersantai di tepi pantai, bersnorkel, melawat perkampungan budaya, kunjungi dunia haiwan dan lain-lain lagi.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5
      - Lagi satu pelajaran adalah untuk mempeliharakan alam sekitar kerana perkara-perkara semula jadi adalah (supaya-kurang sesuai) legasi ini akan berpanjangan untuk masa depan.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Pelajar juga dapat memperoleh (pelajaran-perkataan yang tidak diperlukan) ilmu sejarah tentang budaya Sabah dan pelajaran ekologi yang autentik.

      Jumlah : 12/14 Baik!

      Padam
  5. Kepada Fathiah, Sarah, Danish & Imanni,

    Sila masukkan dapatan kamu secepat mungkin. Terima kasih.

    BalasPadam
  6. Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)
    Soalan 1 : Ia bermaksud bahawa terdapat banyak aktiviti yang menarik untuk dilakukan semasa di sama hingga empat hari terlalu singkat untuk lakukan semuanya. Buktinya adalah penulis mengatakan contoh aktiviti seperti bersnorkel dan juga kunjungan ke dunia haiwan.

    Soalan 2 : Dua pelajaran yang saya pengaruhi ialah bahawa Sabah adalah tempat yang sangat indah dan dipenuhi dengan akitiviti-aktiviti yang menarik. Saya juga pelajari bahawa Sabah mempunyai gunung-gunung dan bukit-bukit yang indah. Keadaan di sekeliling amat menakjubkan.

    Soalan 3 : Pada pendapat saya, ia sangat sesuai untuk pelajar kerana pelajar dapat belajar tentang binatang dan juga tumbuh-tumbuhan yang ada di sana. Pelajar juga dapat mempelajari cara orang tempatan menjalankan hidup seharian mereka yang mungkin sedikit berbeza dari kami. Pelajar dapat memahami tradisi orang lain dan juga tahu untuk bercampur dengan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fathiah atas dapatan yang memberangsangkan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 = Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5
      - Dua pelajaran yang saya pelajari (pengaruhi=perkataan yang tidak sesuai) ialah bahawa Sabah adalah tempat yang sangat indah dan dipenuhi dengan akitiviti-aktiviti yang menarik.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Pelajar dapat memahami tradisi orang lain dan juga tahu untuk bergaul (bercampur-perkataan yang kurang sesuai) dengan mereka.

      Jumlah : 13/14 Baik!

      Padam
  7. Soalan 1 : Penyataan ini bermaksud bahawa terdapat terlalu banyak aktiviti yang menarik boleh dibuat di Sabah. Ia terlalu banyak sehingga empat hari tidak mencukupi untuk membuat kesemua aktiviti-aktiviti di sana. Bukti-bukti daripada teks adalah "Terlalu banyak yang ada di sana untuk dilihat dan dicuba."

    Soalan 2 : Dua pengajaran yang saya perolehi ialah kita harus menyelamatkan yang bakal pupus. Di Sabah, ada sebuah jenis haiwan yang bakal pupus oleh ketamakan manusia. Kita harus tidak tamak dan berusaha untuk menyelamatkan alam semula jadi supaya ia boleh diselamatkan dan bepanjangan untuk masa depan.

    Sebuah lagi pengajaran yang saya perolehi ialah bahawa kita harus menyimpan keunikkan kaum kita. Dengan menyimpan keunikkan kita, kita akan dikenali oleh umat manusia dengan keunikkan tradisi kita. Di Sabah, kehidupan kaum etnik di situ amat unik kerana mereka menyimpan tradisi-tradisi mereka dan ia tidak hilang dalam zaman moden ini.

    Soalan 3 : Pada pendapat saya, darmawisata ini sesuai untuk pelajar kerana para pelajar boleh belajar tentang kehidupan di luar Singapura, seperti Sabah. Para pelajar pada masa kini, selalu tinggal di rumah dan tidak suka belajar tentang sesuatu yang baru. Ini boleh memberi kesempatan untuk mereka mengalami perbezaan dan keunikkan kehidupan di luar Singapura dengan berada di sana secara langsung. Mereka juga akan rasa bersyukur dengan apa yang mereka ada setelah mengalami pengalaman yang unik itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Imanni atas dapatan yang memberangsangkan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 = Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5
      - Dua pengajaran yang saya perolehi ialah kita harus menyelamatkan haiwan (perkataan yang perlu ditambah) yang bakal pupus.
      - Di Sabah, ada sebuah jenis haiwan yang bakal pupus oleh sifat tamak (ketamakan-perkataan yang kurang sesuai) manusia.
      - Sebuah lagi pengajaran yang saya perolehi ialah bahawa kita harus menyimpan keunikan (keunikkan-imbuhan yang silap) kaum kita. Dengan menyimpan keunikan (keunikkan-kesilapan yang sama) kita, kita akan dikenali oleh umat manusia dengan keunikkan tradisi kita.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Ini boleh memberi kesempatan untuk mereka mengalami perbezaan dan (keunikkan-kesilapan yang sama) kehidupan di luar Singapura dengan berada di sana secara langsung.

      Jumlah : 12/14 Baik!

      Padam
  8. 1. Penyataan tersebut adalah kerana ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana dan penulis tidak boleh mencuba semua kerana kesuntukan masa, seperti seperti bersantai di tepi pantai, bersnorkel dan melawat perkampungan budaya.

    2. Dua pengajaran yang saya peroleh daripada laporan ini adalah pertama, Sabah mungkin kecil tetapi masih ada aktiviti yang seronok yang boleh dilakukan. Ini mengajar saya untuk mengendahkan yang kekecilan negara tidak semestinya tidak boleh berseronok. Pengajaran yang kedua adalah untuk tidak berasa takut untuk mencuba budaya yang berlainan dengan kami di Singapura. Penulis telah melihat budaya etnik Sabah yang membuat pakaian daripada kulit pokok dan ia luar biasa daripada apa yang kita tahu.


    3. Pada pendapat saya, darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar. Aktiviti-aktiviti tidak begitu mencabar dan para pelajar dapat mengalami pengalaman yang tidak dapat dilakukan di Singapura seperti mendaki Gunung Kinabalu. Darmawisata ke negara yang lain juga memberi pelajar peluang untuk belajar adat, makanan dan keadaan sekeliling yang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sarah atas dapatan yang memberangsangkan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3
      - Pernyataan (Penyataan-ejaan yang salah) tersebut adalah kerana ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana dan penulis tidak boleh mencuba semua kerana kesuntukan masa, seperti (seperti-perkataan yang diulang) bersantai di tepi pantai, bersnorkel dan melawat perkampungan budaya.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3
      - Ini mengajar saya untuk tidak (perlu ditambah) mengendahkan yang saiz sesebuah (kekecilan-perkataan yang kurang sesuai) negara tidak semestinya tidak boleh berseronok.

      Soalan 3 : 6 = Baik!

      Jumlah : 12/14 Baik!

      Padam
  9. Kepada Danish,

    Sila masukkan dapatan awak sekarang. Terima kasih.

    BalasPadam
  10. Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)
    Soalan 1 : Pernyataannya kerana ada terlalu banyak aktiviti yang anda boleh buat di Sabah. Dan ada juga banyak tempat yang pengunjung boleh menerokai. Buktinya ialah, "Terlalu banyak yang ada di sana untuk dilihat dan dicuba. Menyelam ke dasar laut, mendaki gunung tinggi, bersantai di tepi pantai, menikmati alam semula jadi dan mempelajari budaya tradisional orang Sabah".

    Soalan 2 : Dari membaca arktikel ini, saya mempelajari yang Sabah adalah sebuah negeri yang kecil, tetapi ada banyak aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan di Sabah. Ini mengajar kita untuk tidak memandang rendah terhada negeri kecil seperti Sabah. Saya juga belajar yang ada banyak buday-budaya lain di negeri lain yang sungguh menarik untuk mempelajari.

    Soalan 3 : Pada pendapat saya, ia bukan sahaja boleh untuk pelajar tetapi ia juga bagus untuk pelajar belajar tentang budaya dan negeri orang asing. Kami tidak boleh membuat aktiviti seperti ini di dalam kelas. Kami juga boleh melihat gunung-gunung seperti Mount Kinabalu yang kami tidak dapat lihat di Singapura.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Danish atas dapatan yang memberangsangkan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5
      - Dan ada juga banyak tempat yang pengunjung boleh diterokai (menerokai-imbuhan yang kurang tepat).

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5
      - Ini mengajar kita untuk tidak memandang rendah terhadap (terhada-ejaan yang salah) negeri kecil seperti Sabah.
      - Saya juga belajar yang ada banyak budaya (buday-budaya-tidak perlu gunakan kata ganda jika ada perkataan banyak di depan) lain di negeri lain yang sungguh menarik untuk dipelajari (mempelajari-imbuhan yang kurang tepat).

      Soalan 3 : 6 = Baik!

      Jumlah : 12/14 Baik!

      Padam
  11. Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)

    Soalan 1 : Pernyataan itu bermaksud bahawa Kashif tidak membiarkan kurang upayaannya menghalang dirinya daripada menolong dan memberi sumbangan kepada orang lain sepertinya. Ini boleh dilihat apabila beliau mempunyai niat untuk bekerja dan telah berjaya mendapatkan gaji untuk menyumbang tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering kepada Pusat Rainbow.

    Soalan 2 : Dua pengajaran adalah, kita tidak harus putus asa oleh kerana kelemahan kita. Ini boleh dilihat apabila Kashif telah mendapatkan sesebuah pekerjaan meskipun keupayaannya yang terhad. Pengajaran yang lain adalah kita harus selalu meyumbang kembali kepada orang yang memerlukan. Ini boleh dilihat apabila Kashif telah meyumbang sebahagian daripada gajinya.

    Soalan 3 : Pada pendapat saya, orang kurang upaya harus digalakkan untuk bekerja supaya mereka tidak perlu bergantung kepada sesiapapun dan boleh menanggung dirinya sendiri. Ini akan menolong mereka untuk berdikari dan meneruskan kehidupan mereka meskipun keupayaan mereka. Walaupun masyarakat akan memberi pertolongan, mereka tidak sepatutnya mengharapkan pertolongan orang lain sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sharifa atas dapatan yang memuaskan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5
      - Ini boleh dilihat apabila beliau mempunyai niat untuk bekerja dan telah berjaya mendapatkan gaji agar dapat menyumbangkan (untuk menyumbang-perlu kata hubung & imbuhan yang lebih tepat) tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering kepada Pusat Rainbow.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5
      - Ini boleh dilihat apabila Kashif telah memperolehi sebuah (mendapatkan sesebuah-perlu frasa yang lebih tepat) pekerjaan meskipun keupayaannya yang terhad.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Ini akan menolong mereka untuk berdikari dan meneruskan kehidupan mereka meskipun dengan keupayaan yang terhad (keupayaan mereka-perlu frasa yang lebih tepat).

      Jumlah : 12.5/14 Baik!

      Padam
  12. 1) Pernyataan ini menjelaskan bahawa Kashif tidak pernah memikirkan kecacatannya sebagai sesuatu yang boleh menhalangnya dari melakukan apa yang dia ingin tetapi memberikan dia kesempatan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat akan penyakitnya itu.

    2) Dua pengajaran ialah Kami tidak boleh menggunakan cabaran yang diberi sebagai sebab kami tidak boleh mencapai impian kami. Kashif tetap mempunyai dorongan untuk menolong keluarganya walaupun dia mempunyai penyakit. Kami juga tidak boleh berputus asa sebelum berusaha. Walaupun Kashif mempunyai penyakit yang menjadi halangan besar untuknya, dia tetap mencuba untuk melakukan apa yang dia inginkan.

    3) Saya rasa orang kurang berupaya harus digalakkan untuk bekerja kerana ia memberikan mereka rasa diperlukan dan juga dapat membakar semangat mereka untuk cuba hidup seperti orang biasa. Ia dapat meningkatkan semangat dan keberanian mereka untuk bergaul dengan masyarakat dan menjadi lebih mandiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fathiah atas dapatan yang memuaskan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3
      - Pernyataan ini menjelaskan bahawa Kashif tidak pernah memikirkan kecacatannya sebagai sesuatu yang boleh menghalangnya (menhalangnya-kesilapan imbuhan) dari melakukan apa yang dia ingini (ingin-perlukan imbuhan) tetapi memberikan dia kesempatan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat akan penyakitnya itu.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5
      - Walaupun Kashif mempunyai penyakit yang menjadi halangan besar untuknya, dia tetap cuba (mencuba-tidak perlukan imbuhan) untuk melakukan apa yang dia inginkan.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Ia dapat meningkatkan semangat dan keberanian mereka untuk bergaul dengan masyarakat dan menjadi lebih berdikari (mandiri-perkataan yang kurang sesuai).

      Jumlah : 12/14 Baik!

      Padam
  13. Santapan Minda- Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)
    1. Pernyataan ini bermaksud bahawa Kashif tidak membiarkan kecacatannya untuk menghalang hasratnya untuk menolong orang lain yang seperti beliau. Ini terbukti daripada teks yang menyatkana bahawa Kashif telah menderma tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering kepada Pusat Rainbow selepas mengumpul duit daripada gerakan 'I am Speciable' yang ditubuhkan olehnya.

    2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :
    Dua pengajaran yang saya dapat perolehi daripada petikan tersebut ialah pertama, untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan orang yang telah menolong kami. Ini dapat diperolehi oleh gerakan 'I am Speciable' oleh Kashif Edwards yang betujuan untuk mengumpul dana untuk menyumbang kepada golongan orang sepertinya dan juga sekolah yang dia pernah menduduki.Pengajaran kedua ialah untuk tidak memutus asa. Ini dapat diperolehi oleh Kashif yang bertekad untuk mencari kerja untuk berdikari walaupun keadaanya membuat pencarian kerja hampir mustahil. Walaubagaimanapun, Kashif masih dapat mencari rezeki daripada gerakannya yang juga merupakan gajinya.


    3. Pada pendapat saya, golongan kurang upaya harus digalakkan untuk bekerja. Mereka harus diberi peluang untuk berdikari supaya mereka tidak hanya dijaga oleh orang lain sepanjang hayat mereka dan mereka akan berpeluang untuk hidup tanpa pertolongan. Mereka juga akan dapat sumbang kembali kepada masyarakat dan pihak-pihak yang telah menolong mereka setelah mempunyai jawatan yang baik supaya mereka juga dapat menolong masyarakat seperti bagaimana masyarakat menolong mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Harriz atas dapatan yang memuaskan. Ayat-ayat yang panjang boleh menyebabkan kesilapan yang lebih banyak.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5
      - Ini terbukti daripada teks yang menyatakan (menyatkana-kesilapan ejaan) bahawa Kashif telah menderma tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering kepada Pusat Rainbow selepas mengumpul duit daripada gerakan 'I am Speciable' yang ditubuhkan olehnya.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2
      - Ini dapat diperolehi melalui (oleh-kata hubung yang kurang sesuai) gerakan 'I am Speciable' oleh Kashif Edwards yang bertujuan (betujuan-perlu imbuhan yang tepat) untuk mengumpulkan (mengumpul-perlu imbuhan yang lebih tepat) dana untuk menyumbang kepada golongan orang sepertinya dan juga sekolah yang dia pernah ikuti (menduduki-perkataan yang kurang sesuai).

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Mereka juga akan dapat sumbang kembali kepada masyarakat dan pihak-pihak yang telah menolong mereka setelah mempunyai jawatan yang baik supaya mereka juga dapat menolong masyarakat sebagaimana (seperti bagaimana-perlu perkataan yang lebih sesuai) masyarakat menolong mereka.

      Jumlah : 11/14

      Padam
  14. Santapan Minda - Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)
    Soalan 1: Penyataan ini bermaksud Kashif tidak rasa beban dengan ketidakupayaannya sebagaimana kecacatan boleh membebankan seseorang. Bukti-bukti daripada teks adalah "Beliau kelihatan ceria dan riang ketika menyampaikan sumbangannya kepada pengarah eksekutif sekolahnya itu, Cik June Tham" dan "sejak Kashif bekerja, beliau membeli beberapa barang keperluannya, seperti kad prabayar dan permainan Playstation menggunakan duit sendiri." Ini menunjukkan berapa sedikit ketidakupayaannya membebankan dirinya.

    Soalan 2: Dua pengajaran yang saya peroleh daripada laporan ini ialah kita tidak patut selalu rasa sedih kerana ada lebih ramai orang yang lebih tidak bernasib baik daripada kita. Kashif, walaupun dia tidak begitu upaya, selalu rasa gembira dan tidak berfikir tentang perkara yang tidak baik. Sebuah lagi pengajaran yang saya telah peroleh ialah kita patut bersyukur dengan keadaan yang kita sedang di dalam kerana keadaan kita bukannya seteruk yang kita sangkakan. Namun, ada ramai sangat orang yang dalam keadaan yang lebih teruk daripada kita dan mereka boleh hidup seperti orang biasa. Dengan itu, kita tidak patut rasa sedih selalu tetapi harus bersyukur dengan keadaan kita.

    Soalan 3: Pada pendapat saya, golongan kurang upaya tidak patut digalakkan bekerja kerana mereka boleh membahayakan diri mereka kita bekerja. Walaupun mereka ingin bekerja untuk menyara keluarga, mereka tidak patut bekerja kerana risiko membahayakan diri mereka adalah tinggi. Jikalau mereka membahayakan diri di tempat kerja, ahli keluarga mereka akan rasa amat sedih. Lagipun, jika mereka membahayakan diri, kos rawatan di hopital mahal dan keluarga mereka mungkin tidak boleh mampu membayarnya. Dengan itu, mereka tidak patut bekerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Imanni atas dapatan yang memuaskan. Ayat-ayat yang panjang boleh menyebabkan kesilapan yang lebih banyak. Sila pastikan tiada tukilan daripada teks, kamu hanya perlu berikan contoh dalam bentuk ayat aktif atau pasif.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5
      - Penyataan ini bermaksud Kashif tidak rasa terbeban (beban-perlu imbuhan yang sesuai) dengan ketidakupayaannya sebagaimana kecacatan boleh membebankan seseorang.
      - Ini menunjukkan bahawa (berapa sedikit-kurang sesuai) ketidakupayaannya tidak (perlu ditambah agar ayat lebih gramatis )membebankan dirinya.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5
      - Sebuah lagi pengajaran yang saya telah peroleh ialah kita patut bersyukur dengan keadaan kita (yang kita sedang di dalam-alih bahasa Inggeris?) kerana keadaan kita bukannya seteruk yang kita sangkakan.

      Soalan 3 : 6 = Baik!

      Jumlah : 12/14 Baik!

      Padam
  15. Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)

    1. Pernyataan ini bermaksud Kashif melihat penyakitnya sebagai peluang untuk menarik perhatian orang ramai untuk membuat perbezaan yang positif dalam masyarkat, dan bukan sebagai halangan daripada membantu mereka yang memerlukannya. Sebagai contoh, walaupun menghidap penyakit palsi selebral, Kashif dapat membangunkan dan juga mengukuhkan gerakan "I am Speciable" yang membawanya keuntungan. Maka, dia menderma hasilnya kepada golongan kurang upaya yang lain.

    2. Satu pengajaran yang saya memperolehi daripada laporan ini adalah kita harus mengatasi apa sahaja halangan, jika bersemangat untuk mengejarkan impian. Contohnya, Kashif yang menghadapi penyakit palsi selebral tetap bertungkus-lumus untuk merealisasikan keinginannya untuk membantu golongan kurang upaya seperti dirinya sendiri dan juga menyumbang balik kepada masyarakat. Dengan demikian, saya juga mempelejarai bahawa kita harus berusaha terhadap memajukan masyarakat.

    3.Pada pendapat saya, golongan kurang upaya perlu digalakkan bekerja kerana ia akan membenarkan mereka untuk berasa seperti mereka penting dan diperlukan oleh masyarakat. Ini akan mendorong mereka untuk lebih berdikari dan tidak bergantung kepada pertolongan orang lain untuk menyoking diri sendiri. Namun, walaupun mereka ada kemahuan untuk menyumbang balik kepada masyarakat, mereka boleh juga menjadi beban kepada syarikat yang mereka bekerja di. Terdapat perlainan dalam setiap invidu, dan ini termasuk kebolehupayaan mereka dari segi fizikal. Oleh itu, saya rasa bahawa kita patut memberi peluang kepada golongan kurang upaya untuk berdikari, tetapi harus mempertimbangkan kebolehan mereka untuk melaksanakan tugas-tugas yang akan diberi dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Iffah atas dapatan yang memuaskan. Ayat-ayat yang panjang boleh menyebabkan kesilapan yang lebih banyak.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2
      -Pernyataan ini bermaksud Kashif melihat penyakitnya sebagai peluang untuk menarik perhatian orang ramai untuk membuat perbezaan yang positif dalam masyarakat (masyarkat=kesilapan ejaan), dan bukan sebagai halangan daripada membantu mereka yang memerlukannya.
      - Sebagai contoh, walaupun menghidap penyakit palsi selebral, Kashif dapat membangunkan dan juga mengukuhkan gerakan "I am Speciable" yang membawa keuntungan kepadanya (membawanya keuntungan=perlu struktur yang lebih baik)
      - Dengan itu, (Maka=penanda wacana yang kurang tepat) dia dapat (penambahan perkataan untuk perbaiki makna ayat agar lebih jelas) menderma hasilnya kepada golongan kurang upaya yang lain.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3
      - Satu pengajaran yang saya memperolehi daripada laporan ini adalah kita harus mengatasi apa sahaja halangan, jika bersemangat untuk mengejar (mengejarkan=imbuhan yang kurang tepat) impian.
      - Dengan demikian, saya juga pelajari (mempelejarai=imbuhan yang kurang tepat) bahawa kita harus berusaha untuk (terhadap=kata hubung yang kurang tepat) memajukan masyarakat.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 4.5
      - Ini akan mendorong mereka untuk lebih berdikari dan tidak bergantung kepada pertolongan orang lain untuk menyokong (menyoking=kesilapan ejaan) diri sendiri.
      - Namun, walaupun mereka ada kemahuan untuk menyumbang balik kepada masyarakat, mereka boleh juga menjadi beban kepada syarikat (yang mereka bekerja di=alih bahasa Inggeris?).
      - Terdapat kelainan (perlainan=imbuhan yang salah) dalam setiap invidu, dan ini termasuk kebolehupayaan mereka dari segi fizikal.

      Jumlah : 9.5/14

      Padam
  16. Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)

    Soalan 1 : Maksud pernyataan ini adalah Kashif tidak menggunakan ketidakupayaannya sebagai penghalang dan alasan untuk tidak bekerja dan mencuba untuk berdikari. Malah, dia mencuba untuk menggunakan ketidakupayaannya untuk meningkatkan kesedaran orang terhadap orang yang senasib dengannya. Dengan ini, lebih ramai orang terdorong untuk menolong orang yang tidak cukup sifat dan yakin yang Kashif akan melakukan demikian juga.

    Soalan 2 : Dua pengajaran daripada laporan ini adalah, pertama, kami tidak boleh berputus asa hanya kerana tidak mempunyai apa yang ramai ada, contohnya duit. Jika Kashif kurang upaya dan masih boleh bekerja, orang biasa juga boleh melakukan itu.
    Pengajaran kedua adalah kita patut menyumbang kepada masyarakat jika diberi peluang. Jika tidak menjadi berguna kepada masyarakat, masyarakat tidak mampu melakukan apa-apa untuk menolong terutama jika sihat dan mempunyai akal minda dan kekuatan.

    Soalan 3 : Pada pendapat saya, golongan kurang upaya perlu digalakkan bekerja. Mereka tidak patut berasa yang kekurang upayaan mereka adalah perkara yang menghalang mereka daripada membuat apa-apa yang orang yang cukup sifat boleh melakukan. Dengan bekerja, mereka juga dapat belajar untuk berdikari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sarah atas dapatan yang memuaskan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 = Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5
      - Jika tidak menjadi berguna kepada masyarakat, masyarakat tidak mampu melakukan apa-apa untuk menolong terutama jika kita (perlu ada subjek dalam ayat) sihat dan mempunyai akal minda dan kekuatan.

      Soalan 3 : 6 - 2 = 4
      - Dengan bekerja, mereka juga dapat belajar untuk berdikari. (Isi yang perlu dijelaskan)

      Jumlah : 11.5/14

      Padam
  17. Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)
    Soalan 1 : 1. Kashif, tidak pernah berhenti untuk mencari cara untuk menolong orang kurang upaya sepertinya. Kashif telah menderma tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering kepada Pusat Rainbow selepas mengumpul duit daripada gerakan 'I am Speciable' yang ditubuhkan olehnya.

    Soalan 2 : Saya mempelajari yang kami tidak perlu membantu orang dengan memberi mereka wang sahaja tetapi kami boleh memberi mereka keperluhan lain seperti kerusi roda kerana ada kalanya wang tidak sepenting keperluhan-keperluhan yang mereka boleh menggunakan. Saya juga mempelajari yang kami tidak perlu tunggu hingga kami senng untuk menolong orang. Kami tidak perlu menjadi senang untuk menolong, satu contoh ialah Kashif, dia kurang upaya tetapi dia ada hati untuk menolong orang lain yang sepertinya.

    Soalan 3 : Saya rasa orang kurang upaya sepatutnya dan perlu digalakkan berkerja. Mereka tidak boleh selama hidup mereka, bergantung kepada orang lain dan dengan berkerja, mereka boleh belajar untuk berdikari dan belajar cara-cara kehidupan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Danish atas dapatan yang memuaskan. Sila pastikan kamu menaip dengan betul kerana ada banyak kesilapan bahasa.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 = Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2
      - Saya mempelajari yang kami tidak perlu membantu orang dengan memberi mereka wang sahaja tetapi kami boleh memberi mereka keperluan (keperluhan=kesilapan ejaan) lain seperti kerusi roda kerana ada kalanya wang tidak sepenting keperluan-keperluan (keperluhan-keperluhan=kesilapan ejaan) yang mereka boleh gunakan (menggunakan=imbuhan yang kurans tepat).
      - Saya juga mempelajari yang kami tidak perlu tunggu hingga kami senang (senng=kesilapan ejaan) untuk menolong orang.
      - Kami tidak perlu menjadi senang untuk menolong, satu contoh ialah Kashif, dia kurang upaya tetapi dia ada niat (hati=perkataan yang kurang sesuai) untuk menolong orang lain yang sepertinya.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 3 = 2.5
      - Saya rasa orang kurang upaya sepatutnya dan perlu digalakkan bekerja (berkerja=kesilapan imbuhan).
      - perlu tambah 1 isi lagi

      Jumlah : 8.5/14

      Padam
  18. Terima kasih atas sumbangan pada sesi bacaan. Dengan usaha semua secara konsisten, saya pasti kita akan memperolehi kejayaan di peringkat 'O' nanti.

    BalasPadam