Mendengar


Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Febuari 2013

Para pelajar arif budiman,

Sila tonton rancangan Tekad Episod 2.

Kamu dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:

1.  Mengapakah Kashif Edwards ingin bekerja?
2.  Bagaimana penggunaan media sosial telah membantu merealisasikan impian Kashif?
3.  Sebagai seorang pelajar di SST, apakah yang kamu boleh lakukan untuk membantu golongan yang kurang upaya seperti Kashif?

Sila taipkan jawapan kamu seperti berikut :

Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013
Soalan 1 :
Soalan 2 :
Soalan 3 :


Terima kasih.

Salam mesra
Cg Azizah.Ahmad

________________________________________________________________

16 ulasan:

  1. Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013
    Soalan 1 : Dia ingin menolong orang lain yang berkurang upaya sepertinya. Dia mungkin juga tidak ingin kecacatannya menjadi sesuatu halangan dari membantu orang lain.

    Soalan 2 : Kashif mendapat gajinya daripada penubuhan sebuah organisasi di sebuah lelaman web sosial, Facebook. Penggunaan media sosial telah membantu merealisasikan impian Kashif kerana beliau dapat memenuhi hasratnya untuk menolong orang lain dan tidak di luar kemampuannya.

    Soalan 3 : Dengan menggunakan lelaman Facebook, kita boleh kongsi cerita Kashif dan lelaman "I Am Speciable"nya dengan rakan-rakan kita supaya mereka sedar akan orang lain yang seperti Kashif yang kurang upaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sharifa.

      Suatu pandangan yang menarik. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  2. 1) Kashif Edwards ingin bekerja kerana dia hendak menyumbang kepada masyarakat dan orang-orang yang mempunyai masalah yang sama dengannya.

    2)Penggunaan media sosial telah membantu merealisasikan impian Kashif dengan penubuhan kumpulan "I am Speciable" yang telah ditubuhkan di lelaman sosial Facebook.

    3)Sebagai seorang pelajar SST, saya boleh membantu golongan yang kurang upaya seperti Kashif dengan merancangkan acara-acara penglibatan masyarakat (CIP) dengan rumah-rumah yang untuk orang kurang upaya. Dengan cara ini, saya sebagai pelajar, dapat terlibat dalam acara-acara bersama rakan-rakan yang bertujuan untuk menolong golongan orang kuyang upaya ini. Perkara-perkara seperti kelas tuisyen dapat dijalankan di rumah-rumah tersebut seperti di Red Cross untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut dapat menerima pelajaran yang sesuai. Dengan pengalaman ini, saya sebagai pelajar dapat mengalami kesusahan yang mereka mengalami dan bertimbang rasa terhadap mereka sebagai seorang anggota masyarakat yang baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Harriz.

      Suatu pandangan yang memberangsangkan. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  3. Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013
    Soalan 1 : Kashif Edwards ingin bekerja supaya dia boleh menyumbang balik kepada masyarakat, terutamanya orang yang berkurang upaya juga. DIa telah mengalami kesusahan dan dapat memahami betapa susah kehidupan mereka jika tidak mengada bantuan. Dengan ini, dia dapat membuat lingkaran yang positif kerana hasratnya untuk membantu.

    Soalan 2 : Media sosial dapat membuat perkongsian maklumat dengan amat pantas dan ini membawa reaksi yang pantas dan positif. Dengan audiens yang besar, mesej yang ingin disampaikan oleh Kashif dapat dikongsi dengan Facebook, satu medium media sosial.


    Soalan 3 : Sebagai seorang pelajar SST, terdapat dua cara yang saya boleh membantu golongan yang kurang upaya, iaitu daripada segi wang dan juga untuk menolong menyebarkan mesejnya. Melalui Facebook dan media sosial yang lain, saya dapat berkongsi ceritanya kepada ibubapa dan rakan-rakan. Ini akan mendorong lebih orang untuk menolong dia. Juga, melalui pendermaan, saya akan membuat amal yang akan menyumbang kepada sebab secara langsung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Iffah.

      Suatu pandangan yang matang. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  4. Kepada Fathiah, Sarah, MDanish & Imanni,

    Sila masukkan dapatan kamu secepat mungkin. Terima kasih.

    BalasPadam
  5. Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013
    Soalan 1 : Dia ingin rasa berguna kerana keluargnya telah membantunya dengan memberikan motivasi untuk hidup seperti orang biasa. Dia ingin menyumbang kembali kepada masyarakat dengan membantu orang-orang yang seperti dia kerana mempunyai pengalaman yang sama.

    Soalan 2 : Dengan membuat suatu organisasi dan menyebarkannya Facebook, dia dapat mengumpul ramai orang yang juga mempunyai masalah sama sepertinya dan juga penyokong yang akan membantu.

    Soalan 3: Kami sebagai remaja boleh tidak memandang rendah kepada mereka. Kebanyakan remaja kini sering menrendahkan orang yang kurang berupaya. Kami harus lebih berhormat dan juga kagum dengan usaha mereka yang masih mahu meneruskan hidup seperti biasa.
    Soalan 3 :

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fathiah.

      Suatu pandangan yang bernas. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  6. Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013
    Soalan 1 : Dia rasa bosan dan dia hendak menolong orang yang sepertinya. Dia telah mengalami kesusahan yang amat banyak dan dia tahu betapa susahnya hidup seperti itu walaupun ada bantuan. Dengan itu, dia mahu mengurangkan kesusahan orang-orang sepertinya.

    Soalan 2 : Media Sosial telah dapat menyebarkan hasrat dan kesusahan Kashif kepada ramai orang dan ini telah membuat lebih ramai orang awan sedar tentang adanya orang yang kurang bernasib baik sepertinya. Dengan ramai orang tahu tentang dirinya, tercetus perasaan kasihan terhadapnya dan mereka akan menderma dan menyokong Kashif.

    Soalan 3 : Kita tidak boleh melupakan mereka. Walaupun kita mungkin tidak tahu tentang adanya orang yang bersusah seperti Kashif. Kita patut menghormati orang yang sedang bersusah dan tidak pandang rendah terhadap mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Imanni.

      Suatu pandangan yang matang. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  7. Soalan 1 : Dia mahu menolong orang yang senasib dengannya dan menjadi orang yang berguna dalam masyarakat.

    Soalan 2 : Hasrat Kashif untuk menolong orang lebih senang disebarkan kepada orang dan dia mengumpul lebih banyak wang untuk membantu berbanding dengan menjual tisu di luar pusat membeli-belah.

    Soalan 3 : Saya boleh mengumpul wang menerusi sebuah organisasi yang berikhtiar untuk menolong orang yang kurang upaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sarah.

      Suatu pandangan yang baik. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  8. Kepada Danish,

    Sila masukkan dapatan kamu sekarang. Terima kasih.

    BalasPadam
  9. 1. Kashif mahu menolong orang yang kurang upaya dan orang lain yang menghadapi celebral palsy sepertinya.

    2. Abang saudara Kashif menggunakan lelaman sosial Facebook untuk menolong Kashif menyebarkan "I AM SPECIABLE" yang menolong orang lain yang kurang upaya.

    3. Kami boleh menyebarkan orang yang seperti Kashif ini untuk menolongnya dan kami harus berikhtihar untuk menolong mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Danish.

      Suatu pandangan yang baik. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam